BDSwiss App
Download & start trading

Adakah terdapat sebarang keperluan lanjut daripada pihak saya sekiranya saya membuat deposit menggunakan kad kredit/debit?

Selepas melengkapkan langkah-langkah yang digariskan dalam Bagaimanakah saya boleh membuat deposit ke dalam akaun saya? anda akan dihalakan ke halaman bank anda di mana anda akan diminta untuk memberikan beberapa maklumat tambahan.

Jika ini adalah deposit pertama anda – atau jika anda mendeposit dengan kad Kredit/Debit yang berbeza dari kad yang anda gunakan sebelum ini – anda perlu memuat naik atau menghantar melalui e-mel salinan berwarna yang jelas bahagian hadapan dan belakang kad kredit anda bagi mengelakkan sebarang kelewatan yang berkemungkinan berlaku dalam pengkreditan dana anda.

HANYA maklumat berikut hendaklah kelihatan pada kad yang diimbas:

  • Nama pemegang kad (Ini mesti sepadan dengan nama yang digunakan semasa pendaftaran).
  • Nama bank pengeluar
  • 4 digit terakhir nombor kad (semua yang lain mesti terlindung).
  • Tarikh luput kad kredit/Debit.
  • Tandatangan pemegang kad.

 

CVC2/CVV2 (3 digit terakhir di belakang kad anda) mesti terlindung.*

Contoh boleh didapati di bawah:

Jika nama pemegang kad tidak kelihatan pada kad, sila berikan kami penyata kad sokongan yang mengesahkan pemilikan kad. Dokumen itu hendaklah menyatakan 4 digit terakhir nombor kad dan nama anda, supaya ia dapat disahkan.

Jika kad itu bukan atas nama anda, sila ikuti langkah yang digariskan di bawah Bolehkah saya mendeposit menggunakan kaedah pembayaran rakan / saudara?

Jika kad itu dipautkan ke akaun Korporat, sila rujuk proses yang digariskan di bawah Bolehkah saya mendeposit menggunakan kad kredit/akaun korporat?

*Sila ambil perhatian bahawa jika anda gagal untuk melindung maklumat sensitif yang disebutkan di atas pada salinan kad kredit anda, kami tidak akan dapat menerimanya. Sebarang e-mel komunikasi yang mengandungi salinan penuh kad kredit anda juga akan dihapuskan. Ini dilakukan atas sebab keselamatan, tetapi anda sentiasa boleh menyerahkan semula salinan kad kredit anda dengan semua maklumat sensitif terlindung.

Kembali ke Pusat Bantuan

Adakah ini membantu?

Amaran Risiko: Dagangan dalam Forex/CFD dan Terbitan Lain amat berspekulasi dan mempunyai tahap risiko yang tinggi. Pendedahan Risiko Umum