BDSwiss App
Download & start trading

Apakah bukti alamat / kediaman?

Untuk mengesahkan akaun anda, kami memerlukan dokumen bukti alamat terkini, seperti bil utiliti atau penyata bank.

Dokumen ini mesti dikeluarkan atas nama BDSwiss pemegang akaun  dalam tempoh 3 bulan lalu, dan mesti mengandungi maklumat berikut:

  • Nama anda
  • Alamat kediaman semasa anda
  • Tarikh dikeluarkan
  • Butiran mengenai pemgeluar

Kami menerima sebarang bil yang dikeluarkan oleh institusi kewangan, syarikat utiliti, agensi kerajaan atau pihak berkuasa kehakiman. Jika bil atau dokumen anda tersedia dalam talian, anda boleh menghantarnya kepada kami sama ada sebagai fail PDF atau sebagai tangkapan skrin.

Bukti alamat/kediaman boleh dari salah satu dari yang berikut:

  • Bil elektrik, air, gas, internet atau telefon
  • Penyata Bank / penyata kad kredit / surat rujukan bank
  • Surat Cukai / Bil cukai Majlis (untuk tahun semasa)
  • Penyata insuran sosial
  • Penyata elektronik dengan URL kelihatan jelas
  • Sijil Kediaman yang dikeluarkan oleh kerajaan atau Afidavit Kediaman yang disahkan oleh notari

Jika anda tidak mempunyai dokumen Kediaman atas nama anda, sila ambil perhatian bahawa anda juga boleh menghantar Sijil Kediaman Perbandaran anda atau Surat Pengesahan yang ditandatangani oleh pihak berkuasa tempatan dengan menyertakan nama/nama keluarga anda, alamat semasa anda dan tarikh terkini.

Jika anda tidak mempunyai mana-mana perkara di atas, sila berikan kami dokumen rasmi yang menyatakan nama dan alamat kediaman anda atau hantarkan e-mel kepada support@bdswiss.com dan maklumkan kepada kami tentang perkara ini supaya kami membantu anda seterusnya.

Apakah yang tidak akan diterima?

  • Invois untuk pembelian barangan
  • Resit
  • Bil insuran
  • Bil tulisan tangan
  • Cukai jalan
  • Dokumen dengan resolusi atau kualiti rendah
  • Dokumen dalam sarung
  • Dokumen separuh atau koyak

Lihat contoh dokumen yang sah:

A. Bil utiliti:

B. Penyata bank:

Sila ambil perhatian bahawa jika dokumen pengesahan “bertarikh luput” (melebihi 12 bulan),kami akan menghubungi anda untuk memberikan kami salinan dokumen yang telah dikemas kini.

Kembali ke Pusat Bantuan

Adakah ini membantu?

Amaran Risiko: Dagangan dalam Forex/CFD dan Terbitan Lain amat berspekulasi dan mempunyai tahap risiko yang tinggi. Pendedahan Risiko Umum