BDSwiss App
Download & start trading

Bagaimanakah saya boleh membuat dagangan pada Metatrader 4?

Mulakan dengan mengklik pada “Pesanan Baharu” pada bar alat atau dengan mengklik kanan pada aset yang anda inginkan pada tab Market Watch. Tekan CTRL+U untuk menimbulkan tetingkap simbol dan pilih aset sandaran yang diingini.

Laraskan saiz kedudukan anda dengan menetapkan bilangan lot yang anda ingin dagangkan pada tab Volum. Pada ketika ini, anda mungkin ingin menetapkan had Renti Rugi atau Ambil Untung maksimum anda, supaya kedudukan anda akan ditutup secara automatik apabila mencapai aras ini.

Klik ‘BELI’ jika anda berpendapat nilai harga aset pilihan anda akan meningkat. Klik ‘JUAL’ jika anda berpendapat nilai harga aset pilihan anda akan menurun.

Pada aplikasi MT4, pilih aset yang anda ingin berdagang dan kemudian klik pada ‘Dagangan’.

Jika anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi Pasukan Sokongan kami melalui e-mel di support@bdswiss.com, melalui telefon, Sembang Langsung.

Kembali ke Pusat Bantuan

Adakah ini membantu?

Amaran Risiko: Dagangan dalam Forex/CFD dan Terbitan Lain amat berspekulasi dan mempunyai tahap risiko yang tinggi. Pendedahan Risiko Umum